Friday, 20 January 2017

INSPIRATION

its been a while and i keep saying that myself gonna commit with this blog but umph. idk. i just was too with life and stuff. i made an entry tittle inspiration bcs i thought i was inspired by several blogs. where to start ah? you know, when im looking at my at all my post a loooong time ago i just feel like i wanna hentak my head kat dinding repeatedly. omg! it was so cheeky and cheesy and i was immature that time. talking about heart and stuff urgh thats not me apparently!it was some ghost or things that possessed me. btw, ts not bcs dont want but i have to find somewhere where i can use internet without any worries that my data akan habis. so thats all. its pass 1 o'clock in the morning already. so goodbye from now! and here's words from me. enjoy the simple pleasure in life. love myself!

Wednesday, 5 October 2016

assalamualaikum and good evening. hi fella! from now on i will commit myself with this blog. seriously its been a loooooooooonnnnnnnnnnggggggg time since i wrote im working on my assignment rn. then, goodbye! xoxo publish

Tuesday, 12 April 2016

Hati mati

Bismillah. 

Since tak belajar ni memang jarang update.  Bukan jarang,  memang tak update pun. 

Ingat,  nat langsung bukan orang baik.  Cuma banyak bercakap mengenai tuhan.  And sikit sikit nak istiqomah (istiqamah or istiqomah) ahahha whatever. 

Hati mati?  Memanglah kalau takde hati kita akan mati..  Or maksud nat hati tak rasa apa dah.  Hmmm

First and foremost I'm gonna tell you that this topic inspired by someone on twitter. Alah biasalah twiter,  there's a lot of people there and share anything.  Either beneficial or not hmm

Pernah tak kita tertanya,  why why why kita baca novel siti rosmizah entitled andai itu takdirnya berkali Kali pun still akan menangis?  (Act there's a lot of novel I read, yang lagi sedih pun.  But most of ppl tau andai itu takdirnya je kan.  So let's proceed.  Huhuhu)

You can ask anyone,  they gonna cry for the first time. Perhaps for the second time.  Perhaps for the third forth fifth and so on.  But the question is why?

1) maybe sebab paham Jalan cerita
2) sebab siti rosmizah punya novel memang      wajib nangis
3) sebab hati kita ni nipis macam bawang,  senang koyak 👉👈

Let me ask you,  how many time you read al Quran and you cry? 

Hmm hmmm hmmm
Maybe never? Why? 

"Quran in Arabic.  So kita tak paham what alquran said. So macam mana kita nak menangis.  Hello!  Benda menangis ni bukan boleh buat buat" *sambil tunjuk Dada

"Chill my friend!  Ni kan ada" *hulur al Quran Dan terjemahannya.

So Pagi Patang Cuba baca terjemahan.  Nak fahamkan apa yang alquran nak sampaikan kat kita. But susah nak menitiskan air mata.  Even dah baca buat Kali yang entah ke berapa. 

"Kenapa aku susah nak nangis.  Untuk al Quran? "

"Sabarlah wahai sahabat.  Teruskan usahamu membaca Dan memahami al Quran"

But one day..  Sedang berusaha memahami isi al quran,  tanpa sedar air mata mengalir tanpa sebab.  Mengalir and terus mengalir. Tanpa henti. 

"Sahabatku,  semalam air mataku mengalir buat pertama kalinya.  Tidal berhenti henti. Aku bingung wahai sahabatku. "

"Wahai sahabatku,  sesungguhnya hatimu sudah hidup.  Hati yang hidup saja boleh menangis.  Dulu,  hatimu mati.  Kerana kau sudah jarang membaca al quran. "

Ingat,  hanya hati yang hidup boleh menagis . 

Xoxo publishhhhhh

Saturday, 17 October 2015

REZEKI

kadang kadang apa yang kita nak kita tak dapat. tapi kita kena percaya, setiap yang berlaku ada hikmahnya. kita kena bersangka baik dengan Allah. mungkin Allah dah ada rancangan yang terbaik utk kita (yang kita sendiri pun taktau). 
janji Allah, setiap orang ada rezekinya untuknya.

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.”

(Surah At-Talaq ayat 2-3)

so bak kata ustaz, lepas kita dah usaha, kita doa dan tawakkal. 

(taktau nak susun ayat) pelangi yang cantik tu pun hadir selepas munculnya ribut petir dan hujan. 

*semoga membantu. langsung bukan orang baik. hanya banyak berkata kata mengenai tuhan*

Wednesday, 30 September 2015

EPAL 🍎

بسم الله الرحمن الرحيم

Padahal… kulitku licin mulus. Warnaku merah bersinar. Siapa yang melihat pasti meluap-luap seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku. 
Tetapi… kenapa aku tidak dipetik orang?

Epal tersebut memandang ke bawah. 

Hairan, kenapa manusia lebih memilih kawan-kawannya yang berada di bawah sana. 

Bukankah mereka tidak mendapat udara yang bersih dan cahaya mentari seperti aku yang berada di puncak ini?

Bukankah kawan-kawanku itu banyak yang telah rosak kerana seranggga?

Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan-rakannya yang telah banyak tersentuh dan penuh debu menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dijamah orang. 

Apakah kekurangan diriku?

Perasaan rendah diri mulai merasuk. 

Makin lama makin kuat, diselangi rasa kecewa dan bimbang. 

Murungnya tidak terbendung lagi. 

Lalu, pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut memutuskan menggugurkan dirinya ke tanah.

Ketika sudah berada dibawah, hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia. Warna merahku yang berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.

Epal menanti manusia beruntung itu. 

Sayang sekali, sehingga malam tiba, tiada seorang pun datang mengambilnya. Rasa gembira pun bertukar menjadi risau dan sedih.

Siang berganti malam, hari berganti minggu. 

Kasihan..akhirnya epal tersebut busuk diatas tanah menjadi makanan ulat dan serangga. Membusuk dan dipijak – pijak  manusia.”

Mengapa wanita itu ibarat epal? 🍎

Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik, dijamah dan diambil orang. 

Tapi epal yang berkualiti, tidak terjangkau dan sulit dijamah orang. Susah dipetik, susah digapai. 

Mahkota seorang gadis adalah Keimanan dan ketakwaannya. 

Apabila hilang iman dan takwanya, hancurlah pesonanya. 

Wanita sanggup jatuhkan martabat tingginya supaya dijamah orang lain.

Wahai wanita yang solehah  tinggi martabatnya… yang terpelihara kehormatan dan izzahnya.

Bersabarlah! 

Disaat tak ada yang memetik kerana ketinggianmu. Janganlah kusutkan jiwamu hingga kau rela dipetik dan dijamah oleh sesiapapun. 

Seperti epal yang mudah dipetik ditepi jalan. 

Tungulah, Allah pasti mengirimkan seseorang yang bersedia memetikmu pada ketinggian. Ketinggian yang hanya boleh dipanjat dengan tangga keimanan dan ketakwaaan seseorang.

Ya Allah… Ku tahu, betapa banyak “perhiasan dunia yang indah ini" mulai gundah. 

Gelisah menantikan seseorang. Sepertiga abad penantian kadangkala tidak cukup mendatangkan si pemetik epal yang dinantikan.

Wahai zat yang menguasai seluruh makhluk, jangan biarkan wanita-wanita mulia ini lelah di ketinggian, hingga dia menjatuhkan diri tersungkur dari kemuliaan. 

Teguhkan hati mereka. Selamatkan mereka.

Ya Tuhan kami, sesungguhnya mereka sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan kepada mereka… 

Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada wanita-wanita solehah jodoh dan keturunan sebagai penyenang hati.

xoxo publishh

Sunday, 27 September 2015

BELAJAR KERANA ALLAH??

Belajar kerana Allah,

بسم الله الرحمن الرحيم 

"Belajar sekadar mahu lulus exam?"

Terpandang nat komen seorang kakak senior dalam statusnya, di mana amalan pembelajaran sekarang hanya sekadar belajar sahaja untuk exam (my interpretation).

Kalau dulu, orang-orang yang cintakan ilmu merantau, berhijrah ke tempat yang jauh untuk menuntut ilmu.

Tapi sekarang, mahu menuntut ilmu pun malas. Hmm...

Jadi memang tipikal, kalau musim-musim exam, barulah mahu sibuk study, dan nat tidak terkecuali. hiks

Sebaiknya tuntutlah ilmu kerana Allah, kerana ilmu itu memuliakan kita. Biar kita dianggap jahil tapi hakikat kita berilmu, bukan dianggap bijak tapi hakikat kita jahil.

Memang perkara biasa, kalau orang study berabis ketika musim exam, memang pointer pun melebihi 7 petala cinta.

Tapi, sampai di situ sajalah. Teringat nat kata-kata seorang ustaz nat kat sekolah dulu,

"Kita ini bijak, tapi bijak sini saja. Bukan bijaksana."

Heh, bijaksana maknanya kita bijak di dunia dan akhirat. Hehe.

Sekalipun ilmu yang kita tuntut itu hanya sekadar berkaitan dengan dunia, tapi jika dibuat kerana Allah, insya Allah menjadi ibadah, dan pembela di hari akhirat.

Konsep ibadah luas, bukan setakat yang fardhu saja.

Konsep ilmu dunia pembela akhirat sebenarnya luas untuk dibincangkan. Insya Allah, nat cuba huraikan. Kalau salah betulkan.

Contoh dia TESL,

Dalam TESL, banyak benda mahu belajar. Linguistik, kesusasteraan, fonologi (??), morfologi, semantik, sintaksis, boleh gila kalau belajar benda-benda begini.

Dalam TESL juga, ilmu penguasaan bahasa inggeris dipertingkatkan.

Bagi mereka yang 'belajar untuk exam', mereka sekadar belajar di situ, tapi hujung-hujung atau lama kelamaan, mereka lupa.

Tapi bagi mereka yang cintakan ilmu, sememangnya satu kejayaan bagi mereka.

Contohlah, seorang bakal guru ini belajar linguistik. Linguistik ni, tiada kaitan dengan akhirat.

Tapi dia belajar kerana Allah, dan ia menjadi ibadah.

Walaupun result dia simple atau biasa-biasa saja, tapi dia gembira kerana itulah usaha dia dan Allah beri dia keputusan begitu.

Dari situ, Allah campakkan rasa cinta terhadap ilmu, dan dia berusaha menuntut ilmu-ilmu lain.

Ilmu linguistik itu tidak sia-sia. Why? Apabila dia jadi guru nanti, dia akan ajar anak muridnya agar faham dalam penguasaan bahasa inggeris, di samping suruh mereka belajar kerana Allah.

Dengan izin Allah, semestinya anak muridnya juga akan sukakan ilmu dan berusaha menuntut ilmu-ilmu lain, dan diutamakan ilmu akhirat.

Begitulah konsep sebenar cintakan ilmu. Apabila kita menuntut ilmu kerana Allah, insya Allah akan dicampakkan rasa cinta terhadap ilmu membuatkan kita mahu saja cari ilmu di dunia ni untuk bekalan akhirat.

Dan jangan kira ilmu linguistik itu terhad kepada pengajaran dan pembelajaran saja. Siapa tahu kita mungkin ditakdirkan untuk ke luar negara, dengan ilmu linguistik serta dakwah, sudah tentu kita dapat berdakwah kepada orang lain (terutamanya mereka yang menggunakan Inggeris sebagai bahasa pertama) dengan penggunaan bahasa serta hukum-hukum linguistik yang betul dan teratur.

Insya Allah, pasti mereka tertarik dengan dakwah kita dan akan menerima dengan baik.

Kalau kita guna bahasa pasar, sudah tentu orang kurang suka, terutamanya kalau bahasa pasar itu tidak difahami.

Bukanlah nat kata, penggunaan bahasa yang terlalu strict, cuma bahasa yang mudah dan indah lagi difahami.

Dan kalau mahu tuntut ilmu, tuntutlah kerana Allah.

Gunakan dunia untuk tujuan akhirat. Tapi ingat, manfaatkan dunia ini untuk mendapat kebahagiaan di akhirat. Bukan kita puja dunia ini, dan mendapat azab di akhirat. Nauzubillah.

Setiap perkara, boleh jadi ibadah kalau niat kerana Allah. Jadi tuntutlah ilmu sebanyak-banyaknya. Nat teringat kata-kata Imam Malik, 

"Ilmu perlu didatangi, bukan mendatangi."

Kita tak dapat ilmu jika kita duduk atau malas cari. Sebabnya, kita yang bergerak, ilmu itu tidak datang sendiri.

Jika ingin memahami ilmu, berdoalah agar hati kita diterangi dengan cahaya yang boleh kita memahami ilmu itu.

Imam Malik berkata kepada anak muridnya Syafie, jangan kotori hati dengan maksiat, agar ilmu itu tidak terpadam.

Belajarlah kerana Allah, bukan exam semata. Betul exam itu penting, tapi jika kita belajar untuk lulus, ia tidak membawa kita kemana. Wallahualam.
p/s: all the best final ✌🏻️
 

xoxo publishhhhh

Thursday, 24 September 2015

Selamat Hari Raya Aidil Adha

بسم الله الرحمن الرحيم

ramai harini. kita berkumpul dr seluruh dunia di satu tempat iaitu Mekah al Mukarramah. Allah swt telah menfardhu satu ibadah yang sangat hebat. yang perlukan satu pengorbanan yang dangat besar itu menunaikan haji.

tatkala Nabi Ibrahim sedang membina  Baitullah bersama anak ya Nabi Allah Ismail, Allah di atas mendengar doa Nabi Allah Ibrahim. 
       
     "wahai tuhanku, terimalah amalanku ini. sesungguhnya engkau maha mendengar lagi maha mengetahui"

kegembiraan Nabi Ibrahim dan anaknya cuma seketika di saat Nabi Ibrahim telah lanjut usia, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih anaknya, Nabi Ismail. di saat Nabi Ibrahim bertarung dengan perasaannya di antara Allah dan perasaannya terhadap keluarg, Allah telah merakamkan peristiwa ini dalam surah As Saffat

Nabi Ibrahim berkata kepada anaknya, "wahai anakku, sesungguhnya malam tadi aku bermimpi. aku melihat engkau dalam mimpiku untuk aku menyembelihmu, wahai anakku"
 
di saat Nabi Ibrahim yang lanjut usia, Nabi Ibrahim diperintahkanboleh Allah untuk bertarung dengan perasaanya; samada mentauhidkan Allah atau mengorbankan anaknya. tapi Allah maha mengetahui. Allah telah mengurniakan Nabi Ibrahim anak yang sangat Soleh. 

Nabi Ismail berkata kepada ayahnya "wahai ayahku, sesungguhnya lakukanlah perintah tuhanmu itu. engkau akan dapati aku dalam golongan orang orang yang bersabar"

tanyalah diri kita, jika Nabi Ibrahim sanggup mengorbankan anaknya demi Allah. apakah pengorbankan kita terhadap agama? 

tepuk dada, tanya iman. 

assalamualaikum 

xoxo publishhhhhhhhh