Wednesday, 30 September 2015

EPAL 🍎

بسم الله الرحمن الرحيم

Padahal… kulitku licin mulus. Warnaku merah bersinar. Siapa yang melihat pasti meluap-luap seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku. 
Tetapi… kenapa aku tidak dipetik orang?

Epal tersebut memandang ke bawah. 

Hairan, kenapa manusia lebih memilih kawan-kawannya yang berada di bawah sana. 

Bukankah mereka tidak mendapat udara yang bersih dan cahaya mentari seperti aku yang berada di puncak ini?

Bukankah kawan-kawanku itu banyak yang telah rosak kerana seranggga?

Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan-rakannya yang telah banyak tersentuh dan penuh debu menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dijamah orang. 

Apakah kekurangan diriku?

Perasaan rendah diri mulai merasuk. 

Makin lama makin kuat, diselangi rasa kecewa dan bimbang. 

Murungnya tidak terbendung lagi. 

Lalu, pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut memutuskan menggugurkan dirinya ke tanah.

Ketika sudah berada dibawah, hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia. Warna merahku yang berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.

Epal menanti manusia beruntung itu. 

Sayang sekali, sehingga malam tiba, tiada seorang pun datang mengambilnya. Rasa gembira pun bertukar menjadi risau dan sedih.

Siang berganti malam, hari berganti minggu. 

Kasihan..akhirnya epal tersebut busuk diatas tanah menjadi makanan ulat dan serangga. Membusuk dan dipijak – pijak  manusia.”

Mengapa wanita itu ibarat epal? 🍎

Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik, dijamah dan diambil orang. 

Tapi epal yang berkualiti, tidak terjangkau dan sulit dijamah orang. Susah dipetik, susah digapai. 

Mahkota seorang gadis adalah Keimanan dan ketakwaannya. 

Apabila hilang iman dan takwanya, hancurlah pesonanya. 

Wanita sanggup jatuhkan martabat tingginya supaya dijamah orang lain.

Wahai wanita yang solehah  tinggi martabatnya… yang terpelihara kehormatan dan izzahnya.

Bersabarlah! 

Disaat tak ada yang memetik kerana ketinggianmu. Janganlah kusutkan jiwamu hingga kau rela dipetik dan dijamah oleh sesiapapun. 

Seperti epal yang mudah dipetik ditepi jalan. 

Tungulah, Allah pasti mengirimkan seseorang yang bersedia memetikmu pada ketinggian. Ketinggian yang hanya boleh dipanjat dengan tangga keimanan dan ketakwaaan seseorang.

Ya Allah… Ku tahu, betapa banyak “perhiasan dunia yang indah ini" mulai gundah. 

Gelisah menantikan seseorang. Sepertiga abad penantian kadangkala tidak cukup mendatangkan si pemetik epal yang dinantikan.

Wahai zat yang menguasai seluruh makhluk, jangan biarkan wanita-wanita mulia ini lelah di ketinggian, hingga dia menjatuhkan diri tersungkur dari kemuliaan. 

Teguhkan hati mereka. Selamatkan mereka.

Ya Tuhan kami, sesungguhnya mereka sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan kepada mereka… 

Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada wanita-wanita solehah jodoh dan keturunan sebagai penyenang hati.

xoxo publishh

Sunday, 27 September 2015

BELAJAR KERANA ALLAH??

Belajar kerana Allah,

بسم الله الرحمن الرحيم 

"Belajar sekadar mahu lulus exam?"

Terpandang nat komen seorang kakak senior dalam statusnya, di mana amalan pembelajaran sekarang hanya sekadar belajar sahaja untuk exam (my interpretation).

Kalau dulu, orang-orang yang cintakan ilmu merantau, berhijrah ke tempat yang jauh untuk menuntut ilmu.

Tapi sekarang, mahu menuntut ilmu pun malas. Hmm...

Jadi memang tipikal, kalau musim-musim exam, barulah mahu sibuk study, dan nat tidak terkecuali. hiks

Sebaiknya tuntutlah ilmu kerana Allah, kerana ilmu itu memuliakan kita. Biar kita dianggap jahil tapi hakikat kita berilmu, bukan dianggap bijak tapi hakikat kita jahil.

Memang perkara biasa, kalau orang study berabis ketika musim exam, memang pointer pun melebihi 7 petala cinta.

Tapi, sampai di situ sajalah. Teringat nat kata-kata seorang ustaz nat kat sekolah dulu,

"Kita ini bijak, tapi bijak sini saja. Bukan bijaksana."

Heh, bijaksana maknanya kita bijak di dunia dan akhirat. Hehe.

Sekalipun ilmu yang kita tuntut itu hanya sekadar berkaitan dengan dunia, tapi jika dibuat kerana Allah, insya Allah menjadi ibadah, dan pembela di hari akhirat.

Konsep ibadah luas, bukan setakat yang fardhu saja.

Konsep ilmu dunia pembela akhirat sebenarnya luas untuk dibincangkan. Insya Allah, nat cuba huraikan. Kalau salah betulkan.

Contoh dia TESL,

Dalam TESL, banyak benda mahu belajar. Linguistik, kesusasteraan, fonologi (??), morfologi, semantik, sintaksis, boleh gila kalau belajar benda-benda begini.

Dalam TESL juga, ilmu penguasaan bahasa inggeris dipertingkatkan.

Bagi mereka yang 'belajar untuk exam', mereka sekadar belajar di situ, tapi hujung-hujung atau lama kelamaan, mereka lupa.

Tapi bagi mereka yang cintakan ilmu, sememangnya satu kejayaan bagi mereka.

Contohlah, seorang bakal guru ini belajar linguistik. Linguistik ni, tiada kaitan dengan akhirat.

Tapi dia belajar kerana Allah, dan ia menjadi ibadah.

Walaupun result dia simple atau biasa-biasa saja, tapi dia gembira kerana itulah usaha dia dan Allah beri dia keputusan begitu.

Dari situ, Allah campakkan rasa cinta terhadap ilmu, dan dia berusaha menuntut ilmu-ilmu lain.

Ilmu linguistik itu tidak sia-sia. Why? Apabila dia jadi guru nanti, dia akan ajar anak muridnya agar faham dalam penguasaan bahasa inggeris, di samping suruh mereka belajar kerana Allah.

Dengan izin Allah, semestinya anak muridnya juga akan sukakan ilmu dan berusaha menuntut ilmu-ilmu lain, dan diutamakan ilmu akhirat.

Begitulah konsep sebenar cintakan ilmu. Apabila kita menuntut ilmu kerana Allah, insya Allah akan dicampakkan rasa cinta terhadap ilmu membuatkan kita mahu saja cari ilmu di dunia ni untuk bekalan akhirat.

Dan jangan kira ilmu linguistik itu terhad kepada pengajaran dan pembelajaran saja. Siapa tahu kita mungkin ditakdirkan untuk ke luar negara, dengan ilmu linguistik serta dakwah, sudah tentu kita dapat berdakwah kepada orang lain (terutamanya mereka yang menggunakan Inggeris sebagai bahasa pertama) dengan penggunaan bahasa serta hukum-hukum linguistik yang betul dan teratur.

Insya Allah, pasti mereka tertarik dengan dakwah kita dan akan menerima dengan baik.

Kalau kita guna bahasa pasar, sudah tentu orang kurang suka, terutamanya kalau bahasa pasar itu tidak difahami.

Bukanlah nat kata, penggunaan bahasa yang terlalu strict, cuma bahasa yang mudah dan indah lagi difahami.

Dan kalau mahu tuntut ilmu, tuntutlah kerana Allah.

Gunakan dunia untuk tujuan akhirat. Tapi ingat, manfaatkan dunia ini untuk mendapat kebahagiaan di akhirat. Bukan kita puja dunia ini, dan mendapat azab di akhirat. Nauzubillah.

Setiap perkara, boleh jadi ibadah kalau niat kerana Allah. Jadi tuntutlah ilmu sebanyak-banyaknya. Nat teringat kata-kata Imam Malik, 

"Ilmu perlu didatangi, bukan mendatangi."

Kita tak dapat ilmu jika kita duduk atau malas cari. Sebabnya, kita yang bergerak, ilmu itu tidak datang sendiri.

Jika ingin memahami ilmu, berdoalah agar hati kita diterangi dengan cahaya yang boleh kita memahami ilmu itu.

Imam Malik berkata kepada anak muridnya Syafie, jangan kotori hati dengan maksiat, agar ilmu itu tidak terpadam.

Belajarlah kerana Allah, bukan exam semata. Betul exam itu penting, tapi jika kita belajar untuk lulus, ia tidak membawa kita kemana. Wallahualam.
p/s: all the best final ✌🏻️
 

xoxo publishhhhh

Thursday, 24 September 2015

Selamat Hari Raya Aidil Adha

بسم الله الرحمن الرحيم

ramai harini. kita berkumpul dr seluruh dunia di satu tempat iaitu Mekah al Mukarramah. Allah swt telah menfardhu satu ibadah yang sangat hebat. yang perlukan satu pengorbanan yang dangat besar itu menunaikan haji.

tatkala Nabi Ibrahim sedang membina  Baitullah bersama anak ya Nabi Allah Ismail, Allah di atas mendengar doa Nabi Allah Ibrahim. 
       
     "wahai tuhanku, terimalah amalanku ini. sesungguhnya engkau maha mendengar lagi maha mengetahui"

kegembiraan Nabi Ibrahim dan anaknya cuma seketika di saat Nabi Ibrahim telah lanjut usia, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih anaknya, Nabi Ismail. di saat Nabi Ibrahim bertarung dengan perasaannya di antara Allah dan perasaannya terhadap keluarg, Allah telah merakamkan peristiwa ini dalam surah As Saffat

Nabi Ibrahim berkata kepada anaknya, "wahai anakku, sesungguhnya malam tadi aku bermimpi. aku melihat engkau dalam mimpiku untuk aku menyembelihmu, wahai anakku"
 
di saat Nabi Ibrahim yang lanjut usia, Nabi Ibrahim diperintahkanboleh Allah untuk bertarung dengan perasaanya; samada mentauhidkan Allah atau mengorbankan anaknya. tapi Allah maha mengetahui. Allah telah mengurniakan Nabi Ibrahim anak yang sangat Soleh. 

Nabi Ismail berkata kepada ayahnya "wahai ayahku, sesungguhnya lakukanlah perintah tuhanmu itu. engkau akan dapati aku dalam golongan orang orang yang bersabar"

tanyalah diri kita, jika Nabi Ibrahim sanggup mengorbankan anaknya demi Allah. apakah pengorbankan kita terhadap agama? 

tepuk dada, tanya iman. 

assalamualaikum 

xoxo publishhhhhhhhh 

Wednesday, 23 September 2015

IMAN

بسم الله الرحمن الرحيم

harini nat nak share doa iman. seronok ja dengar. nat tulis lirik and then korang boleh lah search kat youtube lagu dia. simple and nice 💕😉


 بسم الله الرحمن الرحيم
الَّلهُمَّ أَحْيِنَا بِالإِْيْمَان
الَّلهُمَّ أَمِتْنَا بِالإِْيْمَان
الَّلهُمَّ احْشُرْنَا بِالإِْيْمَان
وَأَدْحِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلإِْيْمَانِ

Ya Allah hidupkan kami dengan iman
Ya Allah matikanlah kamu dalam iman
Ya Allah bangkitkan kami dengan iman
Dan masukkan ke syurga-Mu dengan iman

xoxo publishhhhhhh 

Tuesday, 22 September 2015

Al Hazan

بسم الله الرحمن الرحيم
 
" merasa senang atas kesenangan adalah senang. merasa susah atas kesenangan adalah senang. merasa senang atas kesusahan itulah yang sukar"

antara perkara yang Allah campakkan dalam diri insan, yang mana kadangkala insan itu pun tak boleh buat apa ialahh...

                      AL HAZAN 

 Allah boleh campakkan kesedihan dalam diri insan tanpa mengira siapa insan itu. kadangkala dia orang besar. kadangkala dia orang kecil. kadangkala dia rakyat jelata. kadangkala dia raja.

Allah datangkan masalah kepada insan pada orang lain tak menimbulkan kesedihan, tapi pada dia mengundang kesedihan. 
apabila sedih, manusia mulai runsing. cari jalan. macam mana nak keluar dr kesedihan. nak keluar dr dukacita dalam kehidupan. 

ramai yang MENCARI allah ketika SEDIH. bila GEMBIRA tak ingat kat Allah. 
walaupun kita tak disuruh mencari kesedihan, tapi kesedihanlah yang berjaya membawa manusia berjumpa Allah. walaupun ramai yang disuruh membaca doa

" Ya Allah, aku pohon darimu perlindungan dari dukacita (Ham) yang akan datang dan kesedihan (al hazan) yang telah menimpa kita"

tapi.. dukacita selalu berjaya membuat manusia bertemu dengan allah.
ramai orang tak kaki masjid, pi masjid.
ramai orang yang sombong, jadi tunduk dan tawwaduk kerana apa? kerana peristiwa yang mendukacitakan...

tapi.. Allah dengan kesantunannya, dengan kebesarannya, membawa manusia peristiwa ke peristiwa. kejadian ke kejadian. sehinggalah insan itu dirahmati, dia dapati hari ini dia menyebut ' Ya Allah, kasihanilah daku'

dan Allah sentiasa mengenakan dukacita lepada insan antara kecil atau besar ja. supaya dia kembali pada Allah.

sahabat, untuk membolehkan insan dekat dengan Allah, dia perlukan hati yang dekat pada Allah. jiwa dan hati nurani yang dekat dengan Allah.

"apabila Allah menurunkan kesedihan, kedukaan, cubaan dan dugaan kepadamu, sesungguhnya Allah merindui hamba-hamba-Nya merintih dan menangis kepada-Nya" 



xoxo publishhhhhhh

Wednesday, 9 September 2015

am i the way too perfect?

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum w.b.t

di saat kita jatuh hati, ingat lah siapa pemilik hati ini. di saat kita lalai menjaga hati dan perasaan makhluk yang kita puja, ingatlah hati sang pencipta yang terluka dek perbuatan kita.

(cehhhh pandai nat sekarang ehh? ) lol. 

dalam satu hari kalau orang yang kita suka or orang yang kita sayang terlupa kat kita, kita punyalah teriak. bermuram durja. berduka lara. tapi kita tak pernah pun terfikir berbillion orang lupa kat Allah. tapi macam mana Allah masih sayang kat kita. sesungguhnya Allah itu maha penyayang 💕

kalau orang yang kita suka panggil kita, sepantas kilat kita pi kat depa. tapi kalau Allah nak jumpa kita, kita punya lahh lambat lambatkan. ye dak? 

bila Allah nak jumpa kita? aip aip aip. nat ni sembang ja ka?

noo. kalau nak tau, bila kita solat, kita jumpa Allah senanya. kalau kita terjaga pada malam hari, senanya Allah nak junpa kita. sebab tu bersyukurlah makhluk yang terjaga pada malam hari. 

nat bermadah bicara. nat menulis pasal agama. bukan sebab nat perfect. tapi nat pun nak bagi peringatan kat diri ini. kadang kadang kita leka. kadang kadang kita lalai.

ni lah lumrah manusia.

xoxo publishhhhhhhhh