Tuesday, 22 September 2015

Al Hazan

بسم الله الرحمن الرحيم
 
" merasa senang atas kesenangan adalah senang. merasa susah atas kesenangan adalah senang. merasa senang atas kesusahan itulah yang sukar"

antara perkara yang Allah campakkan dalam diri insan, yang mana kadangkala insan itu pun tak boleh buat apa ialahh...

                      AL HAZAN 

 Allah boleh campakkan kesedihan dalam diri insan tanpa mengira siapa insan itu. kadangkala dia orang besar. kadangkala dia orang kecil. kadangkala dia rakyat jelata. kadangkala dia raja.

Allah datangkan masalah kepada insan pada orang lain tak menimbulkan kesedihan, tapi pada dia mengundang kesedihan. 
apabila sedih, manusia mulai runsing. cari jalan. macam mana nak keluar dr kesedihan. nak keluar dr dukacita dalam kehidupan. 

ramai yang MENCARI allah ketika SEDIH. bila GEMBIRA tak ingat kat Allah. 
walaupun kita tak disuruh mencari kesedihan, tapi kesedihanlah yang berjaya membawa manusia berjumpa Allah. walaupun ramai yang disuruh membaca doa

" Ya Allah, aku pohon darimu perlindungan dari dukacita (Ham) yang akan datang dan kesedihan (al hazan) yang telah menimpa kita"

tapi.. dukacita selalu berjaya membuat manusia bertemu dengan allah.
ramai orang tak kaki masjid, pi masjid.
ramai orang yang sombong, jadi tunduk dan tawwaduk kerana apa? kerana peristiwa yang mendukacitakan...

tapi.. Allah dengan kesantunannya, dengan kebesarannya, membawa manusia peristiwa ke peristiwa. kejadian ke kejadian. sehinggalah insan itu dirahmati, dia dapati hari ini dia menyebut ' Ya Allah, kasihanilah daku'

dan Allah sentiasa mengenakan dukacita lepada insan antara kecil atau besar ja. supaya dia kembali pada Allah.

sahabat, untuk membolehkan insan dekat dengan Allah, dia perlukan hati yang dekat pada Allah. jiwa dan hati nurani yang dekat dengan Allah.

"apabila Allah menurunkan kesedihan, kedukaan, cubaan dan dugaan kepadamu, sesungguhnya Allah merindui hamba-hamba-Nya merintih dan menangis kepada-Nya" 



xoxo publishhhhhhh

No comments:

Post a Comment